Friday, October 30, 2015

KOLABRASI TERBARU MARTIAN WATCHES DAN GUESS WATCHES


GUESS CONNECT Smartwatch 

Dikuasakan oleh Martian dinobatkan sebagai 2015 CES Innovation Awards Honoree

KOLABRASI TERBARU MARTIAN WATCHES DAN GUESS WATCHES telah menghasilkan "JAM TANGAN PINTAR" yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Martian Watches adalah satu syarikat jam tangan berjenama yang menghubungkan waktu anda dan bersosial dalam masa yang sama. GUESS Watches telah bekerjasama dengan Martian Watches untuk menghasilkan sesuatu yang unik bagi pengumpul jam berjenama terkemuka seperti GUESS Watches. KOLABRASI TERBARU MARTIAN WATCHES DAN GUESS WATCHES telah memperkenalkan jam yang di beri nama "GUESS CONNECT".

  
Reka bentuk yang di hasilkan oleh GUESS sentiasa berada di barisan hadapan dalam industri fesyen dan trend seluruh dunia. Kolabrasi ini telah menghasilkan jam yang unik di antara dunia fesyen dan teknologi terkini bagi lelaki dan wanita yang sentiasa menginginkan sesuatu pembaharuan dalam pemilihan jam mereka. Dengan kepelbagian fungsi teknologi dan fesyen hasil dari kolabrasi ini telah memberi ruang kepada GUESS Watches dan Martian Watches dinobatkan sebagai Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES 2015 di Nevada, Las Vegas.


GUESS Connect ini dilengkapi dengan mikrofon mini dan speaker audia yang jelas bagi membolehkan pengguna untuk menyambung kepada aplikasi arahan suara telefon pintar mereka ; jadi pemakai boleh memberi arahan suara , bercakap dan mendengar , dan bertindak balas kepada teks secara langsung dari jam tangan ini. Dengan memuat turun aplikasi GUESS Connect dari aplikasi IOS dan Android, pengguna boleh menyelarasakan sendiri bunyi dari aplikasi yang mereka inginkan seperti "Whatsapp" , "WeChat" dan pelbagai aplikasi lain dengan hanya menyentuh cermin jam ini.


Menarik bukan jam tangan KOLABRASI TERBARU MARTIAN WATCHES DAN GUESS WATCHES ini? Harga GUESS Connect ini masih belum di beritahu.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari :
http://guesswatches.com/


No comments:

Post a Comment